Thursday, August 31, 2006

N-Day

Malaysia celebrates its 49th Merdeka Day today.
Inilah kali kedua saya menyambut Hari Merdeka di Singapura. Dan inilah kali pertama saya mengguna Bahasa Melayu dalam "blog" saya. Biarpun rasa kekok kerana sudah lama tidak berkarang dalam Bahasa tetapi saya berasa dengan berbuat demikian, perasaan patriotik terhadap tanahair saya bermara membara hatiku.


Malaysia sememangnya tanahair saya. Sampai hari ini tetap akanku berkata dengan penuh kebanggaan bahawa saya anak Malaysia. Saya percaya bahawa hanya keranalah Malaysia, sayalah siapa saya hari ini. Mungkinlah tibanya masa untuk saya mencari identiti saya sebagai seorang penuntut di luar negara. Kadang kala tetap akan saya berasa hampa terhadap berita tentang kekecohan politik yang telah berlaku. Samalah kita berhadapan dengan pelbagai masalah-masalah dan isu-isu penting yang kian hari kian genting tetapi, malangnya, masih belum dapat diselesaikan. Walau bagaimanapun, saya berasa adalah lebih baik kita bertabah hati dan menghadapi segala cabaran bersama-sama. Perubahan dan implimentasi memakan masa. Meskipun saya masih percaya dalam Malaysia dan pemimpin-pemimpinnya.


Akhir sekali, saya hendak meminta maaf atas segala kesalahan tatabahasa yang wujud kerana sudah lama saya tidak mengguna Bahasa untuk berkarang.


Selamat Hari Kemerdekaan Malaysia ke-49.

Posted by Berenice at 9:21 PM

3 comments